Nama-nama Seoul

Kad dagang awal abad ke-20 dari Jerman, menggunakan ejaan alternatif Seoul, dengan "ö" untuk "eo".

Seoul telah terkenal di masa lalu dengan nama berturut-turut Wiryeseong (Hangul위례성; Hanja慰禮城, Jawi: ويرييسوڠ; era Baekje), Namgyeong (남경; 南京, نمڬيوڠ; era Goryeo), Hanseong (한성; 漢城, هنسوڠ; era Joseon) atau Hanyang (한양; 漢陽; هنياڠ). Dalam tempoh pendudukan Jepun (1910-1945), Seoul dirujuk oleh Jepun eksonim Keijō (けいじょう atau 京城; كيجو) atau Gyeongseong (경성; 京城, ڬيوڠسوڠ) dalam bahasa Korea. Selepas Perang Dunia II dan pembebasan Korea, kota ini mengambil nama sekarang, Seoul, yang telah digunakan sejak sekurang-kurangnya tahun 1882, kadang-kadang digunakan bersamaan dengan nama-nama lain.[1]

  1. ^ "Was Seoul Always Called Seoul?". The Seoul Searcher. Wordpress. 28 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-07. Dicapai pada 23 August 2010.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search